Saturday, August 21, 2010

RASUAH


Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat hari ni mengandaikan bahawa keadaan rasuah di negara ini sudah terlalu parah dan tidak boleh diubati.Banyak hal tentang masalah rasuah iaitu daripada sikap masyarakat yang tidak tahu malu melakukan rasuah sampailah kepada peranan besar yang harus mereka mainkan untuk membanteras rasuah.Kerajaan juga telah berusaha meningkatkan integriti sekali gus membanteras penyelewengan dan rasuah yang menjadi salah satu agenda utama pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Badawi.

Kalau masalah rasuah ni tidak dibetulkan sekarangnya mungkin sukar untuk kita membanterasnya nanti,apatah lagi kalau ia sudah meluas sehingga orang sudah tidak lagi merasakannya sebagai sesuatu yang salah.Memang sepatutnya kita semua menyokong cita-cita yang mahu memerangi rasuah.Kita perlu membantu dalam hal ini.Masyrakat seharusnya masuk campur mencari ubatnya dan jangan lepas tangan mengatakan ini masalah dan tanggungjawab kerajaan semata-mata.Tidak mungkin kerajaan mampu melakukannya sendiri.Setidak-tidaknya ia memerlukan kepada laporan daripada orang ramai sebelum sesuatu tindakan mahkamah boleh dimulakan ke atas mereka yang terlibat dalam rasuah.Walau sekuat mana pun kita mahu membanteras rasuah,kita mesti mengikut proses undang-undang dan jangan menutup sebelah mata kepada prinsip-prinsip keadilan.

Masyarakat masih tiak jijik dengan rasuah walaupun peringatan tentang kesan rasuah selalu dibuat tetapi nampaknya rasuah sudah menjadi begitu biasa dalam kehidupan seharian.Masalah ini masih belum menjadi begitu teruk seperti di sesetengah negara lain.Ia masih lagi boleh diubati.Eloklah Pedana Menteri menyebutkan tentang hal ini berulang kali.Kalau tidak dibuat begitu,susah untuk kita membetulkan keadaan.Ia akan berlarutan dan bebannya akan ditanggung oleh generasi akan datang.Duit akan menjadi sedikit.Projek pembangunan yang menelan belanja RM10 juta sepatutnya boleh mendirikan sebuah bangunan yang bernilai sebanyak itu tetapi kerana rasuah,ada bocor di sana sini mungkin ia dibina hanya dengan RM500,000 saja.Rakyat tidak lagi boleh pejam sebelah mata dalam hal rasuah ini.Setiap orang harus mulai dari hari ini mngambil pendirian untuk bersama-sama menyelesaikannya,tidak boleh lagi duduk di tepi pagar hanya melihat dari luar.Ini masalah kita semua.Kanser in ada dalam negara kita,jangan sampai suatu hari nanti semua perkara perlu kepada duit pelincir kerana rakyat akan tanggung bebannya nanti.Perang melawan rasuah ini adalah peperangan rakyat bukannya institusi kerajaan atau Parlimen atau badan kehakiman.

Rakyat masih tidak sedar bahawa merekalah mangsa sebenar rasuah kerana rakyat tidak cukup didedahlah dengan kesan dahsyat rasuah ini.Orang selalu merasakan bahawa rasuah ini bukan masalah mereka tetapi masalah orang lain.Mereka cuma nampak kesannya kepada orang yang melakukan rasuah dan berharap orang itu ditangkap.Orang ramai tidak begitu mengambil berat tentang masalah rasuah,seolah-olahnya rasuah itu bukan hal mereka.Tetapi kalau kes bunuh,rogol dan ragut orang dapat merasakan kesannya dan bimbang kalau-kalau ia menimpa ahli keluarga mereka.Ini tidak berlaku dalam kes rasuah kerana kesannya tidak nampak.Kesannya mengambil masa yang panjang,satu penyakit yang makan dalam,macam rumah yang dimakan anai-anai.Kita mesti sedar rasuah ibarat barah yang boleh membunuh ekonomi dan politik negara.Rasuah boleh mmbunuh parti-parti politik.Rasuah boleh menyebabkan krisis politik apabila pihak yang tidak mahu melihat lebih banyak kerosakan berlalu mula merampas kuasa.Apa kan terjadi kalau orang yang mengamalkan politik wang terpilih menjadi pemimpin kerana dia banyak duit sedangkan dia tidak pandai mentadbir?Kalau rakyat tidak peduli,hal-hal ini boleh berlaku.Memang brharap kesan-kesan rasuah ini disebarkan dengan meluaskan kepada rakyat.Rakyat tidak boleh memejam sebelah mata,mesti peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Kes rasuah ganjil sedikit kerana ia kesalahan yang melibatkan dua pihak,iaitu pemberi dan penerima.Orang ramai tidak boleh duduk diam saja dalam menghadapi masalah rasuah.Kes rasuah tidak sama seperti jenayah rogol atau bunuh yang mana ada satu pihak yang melakukan kesalahan dan satu pihak lagi yang menjadi mangsa.Dalam kes rasuah,orang yang memberi dan menerima itu melakukan kesalahan dan mangsanya pula ialah rakyat yang membayar cukai,kerajaan dan negara secara keseluruhannya.Kita semua menjadi mangsa tetapi kita tidak perasan.Kesan rasuah dan penyelewengan ini sangat dahsyat.Oleh sebab itu,orang ramai memberikan kerjasama untuk menghapuskan rasuah dengan apa-apa cara sekalipun.

Bagi menanam dalam diri orang ramai supaya ada kemampuan mengawal diri atau 'self control' untuk tidak terlibat dalam rasuah ,kita haruslah menanam dalam fikiran masyarakat bahawa amalan rasuah dan penyelewengan yang mereka lakukan itu menjejaskan kepentingan negara dan bertentangan dengan agama untuk menjaya dalam perang ini.Pada masa yang sama,kita harus menggiatkan usaha untuk mencegah amalan rasuah.Ini mesti dijalankan serentak dengan tindakan-tindakan pendakwaan di mahkamah kerana dalam apa juga usaha mengubati penyakit,langkah pencegahan itu yang lebih berkesan.Ada banyak cara untuk mencegah rasuah termasuklah memberikan tender projek secara telus dan terbuka.Semua orang harus mengakui bahawa masalah ini wujud dalam masyarakat kita dan masalah ini serius.Kalau wakil rakyat sendiri pun sudah menyeleweng dan rasuah,bagaimana kita hendak mengharapkan rakyat dapat contoh yang baik.Parti-parti politik juga tidak terkecuali daripada perang melawan rasuah ini.Semua pihak mesti memainkan tugas masing-masing,tidak boleh hanya mengharapkan kerajaan saja.Kalau rakyat tidak mendukung usaha kerajaan,susahlah.Kita harus tingkatkan kesedaran melalui pelbagai saluran yang ada,termasuk melalui seni dan sastera.Kenapakah televisyen lebih banyak menyiarkan drama-drama cinta?Itu yang orang suka sekarang tetepi cerita-cerita kesedaran mengenai bahaya rasuah mesti juga digalakkan.

Kerajaan dapat memainkan peranannya untuk melawan rasuah.Langkah selanjutnya ialah kerajaan perlu memastikan kempen ini mendapatkan sokongan padu daripada segenap lapisan rakyat.Pertama,kerajaan perlu menunjukkan teladan yang baik.Jangan ada lagi berlaku kes-kes yang menjejaskan integriti kerajaan dan anggota kerajaan.Kedua,proses keadilan berhubung kes-kes rasuah perlu dikemaskinikan.Kabinet harus meminda semula undang-undang berkaitan rasuah.Badan kehakiman pula hendaklah mempunyai satu polisi yang jelas tentang kes-kes rasuah terutamanya mengenai tahap hukuman yang dikenakan.Hukuman itu mestilah menjadi satu peringatan kepada masyarakat supaya mereka takut melakukan rasuah.Kalau ada salah laku rasuah,kita jangan pilih bulu dalam menegakkan undang-undang,termasuklah terhadap wakil rakyat.Tiga cabang kerajaan eksekutif.legislatif dan badan kehakiman perlu berganding bahu dalam perang ini,bergerak dalam satu haluan.Perdana Menteri hendaklah dari masa ke semasa mengingatkan anggota Kabinet tentang bahaya rasuah dan peringatan itu diturunkan pula kepada kakitangan awam dan masyarakat keseluruhannya.Jangan bosan menjadikan isu-isu rasuah sebagai kandungan khutbah di masjid-masjid.Pendek kata,kita perlu menggunakan semua saluran yang ada.Kita boleh menangani asal saja kita bersatu hati dan tekad,bergerak satu haluan.


Disediakan oleh:Chong Min Wei
No.Matrik:206018

0 comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan masalah sosial ke akar umbinya.Rukun Negara yang menjadi asas kewujudan hidup bermasyarakat di negara kita wajarlah diberi nafas baru.Prinsip pertama Rukun Negara yakni 'Kepercayaan Kepada Tuhan' sudah cukup untuk membendung pelbagai perlakaan negatif rakyat kerana insan yang takut akan Tuhan tidak akan tergamak untuk melakukan kejahatan!Justeru,kita hauslah sehati sejiwa dan seia sekata dalam usaha membendung segala ancaman yang menjadi hambatan kita ke arah pencapaian Misi Nasional dan Wawasan 2020.Di samping itu,kita juga harus berusaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat dan negarayang cemerlang,gemilang,dan terbilang yang boleh berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.