Mutakir ini remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada hari ini seperti gejala pembuangan bayi semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini amatlah membimbangkan dan mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak dan telah menjadi semakin parah. Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana cara untuk menyelesaikan permasalahan ini. Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat.
Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi. Pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan undang-undang dengan megenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukumann sebat. Hal ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak remaja. Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen kami perihatin untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini seterusnya menangani masalah in daripada berleluasai.Justeru itu peranan media massa amatlah pentig dalam menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Media massa berperanan menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Pihak media massa juga hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filrm yanag mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak,setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini boleh mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan lebih erat dan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka. Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.
Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah untuk mendapat bimbingan dan perlindungan. Hal ini menunjukkan mereka masih dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka. Selain itu, masyarakat mestilah tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras.
Kesimpulannya anak adalah anugerah daripada Allah, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Justeru itu, semua pihak haruslah melihat gejala pembuangan bayi ini secara rasional dan tidak seharusnya memandang remeh tentang permasalahan ini. Oleh itu,kta sebagai masyarakat yang perihatin haruslah bersama-samalah berganding bahu menangani masalah perbuangan bayi ini dengan lebih proaktif agar masalah ini akan dapat dibendung..
Friday, August 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESIMPULAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan masalah sosial ke akar umbinya.Rukun Negara yang menjadi asas kewujudan hidup bermasyarakat di negara kita wajarlah diberi nafas baru.Prinsip pertama Rukun Negara yakni 'Kepercayaan Kepada Tuhan' sudah cukup untuk membendung pelbagai perlakaan negatif rakyat kerana insan yang takut akan Tuhan tidak akan tergamak untuk melakukan kejahatan!Justeru,kita hauslah sehati sejiwa dan seia sekata dalam usaha membendung segala ancaman yang menjadi hambatan kita ke arah pencapaian Misi Nasional dan Wawasan 2020.Di samping itu,kita juga harus berusaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat dan negarayang cemerlang,gemilang,dan terbilang yang boleh berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
0 comments:
Post a Comment