Wednesday, August 11, 2010

GEJALA ROGOL

Sejak kebelakangan ini,kita sering disajikan dengan masalah sosial masyarakat yang menghiasi ruang-ruang media massa cetak dan elektronik. Masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat hari ini tidak hanya tertumpu kepada golongan remaja tetapi turut melibatkan warga emas. Masalah sosial yang semakin menjadi kerisauan masyarakat ialah masalah rogol yang semakin berleluasa dan menjadi mimpi ngeri bagi golongan wanita dan kanak-kanak perempuan hari ini.

Rogol didefinisikan sebagai serangan seksual, dimana penyerang memaksa mangsanya yang enggan melakukan hubungan seksual. Dalam syariat islam, rogol didefinisikan sebagai 'zina bi al-jabr' (zina paksaan) iaitu seorang perempuan yang terpaksa bersetubuh bukan atas kerelaannya. Walau bagaimanapun, terdapat juga definisi dari segi undang-undang iaitu hubungan seksual yang dilakukan oleh seorang perempuan yang dengan kerelaannya tetapi belum cukup umur(18 tahun) dikategorikan sebagai rogol statutori.

Kini,jenayah rogol tidak mengenal siapa mangsanya. Hal demikian kerana terdapat juga jenayah rogol yang berlaku berdasarkan status perhubungan antara perogol dengan mangsanya seperti teman lelaki, tunang, dan juga kawan. Selain itu, terdapat ahli keluarga yang melakukan jenayah rogol kepada ahli keluarga perempuannya sendiri, dimana jenayah rogol ini lebih dikenali sebagai sumbang mahram berdasarkan syariat islamapabila seseorang itu melakukan persetubuhan haram dengan seseorang yang muhrim dengannya.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah rogol seperti terpengaruh dengan bahan-bahan media yang bersifat pornografi,cara pemakaian wanita sendiri dan juga kurangnya pengawalan daripada ibu bapa. Kesemua faktor-faktor tersebut merupakan faktor yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi menyebabkan berlakunya jenayah ini. Penyebaran dan penjualan bahan-bahan porno ini semakin berleluasa melalui internet, televisyen, majalah mahupun video cakera keras (VCD) kepada masyarakat. Bahan-bahan porno ini tidak sesuai menjadi tontonan umum kerana boleh menyebabkan rangsangan hormon kepada penontonnya. Tambahan pula, segelintir masyarakat wanita hari ini gemar mengikut gaya pemakaian barat yang menampilkan gaya yang moden,seksi dan ranggi turut dikatakan menjadi penyumbang permasalahan ini. Dalam kes sumbang mahram pula, faktor seperti ceteknya pengetahuan ilmu agama dan jenis kediaman menjadi faktor utama kepada permasalahan ini. Pengetahuan yang cetek dalam ilmu agama meyebabkan mereka tidak mengambil berat mengenai hukum-hakam agama seperti yang halal dan yang haram, pahala dan juga dosa serta lemah dari segi keimanan.

Kesan yang dialami oleh mangsa-mangsa rogol adalah bersifat jangka panjang, dimana kesan-kesan tersebut melibatkan psikologi, kecederaan fizikal dan kemungkinan menghidapi penyakit. Gangguan psikologi dan emosi menyebabkan mangsa mengalami trauma dan tekanan perasaan yang boleh menganggu kestabilan emosi mereka sehingga menyebabkan mental mereka tidak waras, mahupun memberikan lain seperti sentiasa melahirkan perasaan tidak selamat terhadp persekitaran sekeliling. Bagi kesan kecederaan fizikal pula, mangsa rogol berkemungkinan mengalami pendarahan dalaman juga luaran akibat tindakan kasar oleh perogol. Mangsa juga berisiko untuk hamil luar nikah apabila berlakunya persenyawaan sperma dan ovum sekiranya mangsa telah mencapai usia akil baligh. Hal ini turut mengundang risiko yang tinggi sekiranya mangsa hamil diusia muda. Selain itu, mangsa juga berisiko untuk menghidapi penyakit sebaran seksual seperti HIV, AIDS, Penyakit Kelamin adalah tinggi sekiranya perogol membawa virus tersebut dan menyebabkan mangsa rogol akan turut dijangkiti.

Sebagai langkahuntuk mengelakkan berlakunya kejadian ini, langkah-langkah inisiatif seperti mempelajari seni mempertahankan diri, menguatkuasakan undang-undang, dan setiap pihak harus memainkan peranan masing-masing. Dengan mempelajari seni mempertahankan diri seperti Silat, Taekwondo, Karatae, dan Judo dapat membantu untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku situasi-situasi diluar jangkaan yang mengancam keselamatan diri. Masyarakat juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling dan perkembangan mengenai kejadian jenayah yang berlaku dapat membantu memberikan kebaikan dalam menyelamatkan dan mengelakkan diri dari situasi berbahaya. Kerajaan juga haruslah menguatkuasakan undang-undang seperti memberikan hukuman yang berat dan setimpal dengan jenayah yang dilakukan ke atas perogol seperti menambah tempoh hukuman penjara sedia ada kepada seumur hidup dan juga dikenakan sebatan. Hal sedemikian, supaya dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepda perogol mahupun masyarakat yang lain. Setiap pihak seperti ibu bapa, masyarakat, dan pihak-pihak yang berkenaan haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah ini serta tidak hanya bergantung kepada sebelah pihak dan menuding jari antara satu sama lain sekiranya masalah menjadi semakin rumit.

Secara ringkasnya, setiap pihak haruslah memandang serius terhadap masalah-masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat terutamanya masalah rogol yang semakin berleluasa kerana permasalahan ini dapat mengugat keselamatan dan kestabilan negara. Hal demikian disebabkan mangsa-mangsa rogol terdiri daripada golongan wanita yang turut penyumbang kepada penjanaan ekonomi dan pembangunan negara manakala kanak-kanak perempuan sebagai generasi yang akan turut serta memajukan negara kelak. Negara akan kerugian dan terjejas dari segi ekonomi, imej,dan juga politik. Akhir kata, setiap individu haruslah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya demi keselamatan diri dan juga masyarakat manakala pihak-pihak tertentu pula perlulah menjalankan peranan mereka sebaik mungkin demi keselamatan dan kestabilan negara dan juga rakyat.

( SYAZANA AMIRAH BINTI AZIZ)

0 comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan masalah sosial ke akar umbinya.Rukun Negara yang menjadi asas kewujudan hidup bermasyarakat di negara kita wajarlah diberi nafas baru.Prinsip pertama Rukun Negara yakni 'Kepercayaan Kepada Tuhan' sudah cukup untuk membendung pelbagai perlakaan negatif rakyat kerana insan yang takut akan Tuhan tidak akan tergamak untuk melakukan kejahatan!Justeru,kita hauslah sehati sejiwa dan seia sekata dalam usaha membendung segala ancaman yang menjadi hambatan kita ke arah pencapaian Misi Nasional dan Wawasan 2020.Di samping itu,kita juga harus berusaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat dan negarayang cemerlang,gemilang,dan terbilang yang boleh berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.