Saturday, August 14, 2010


PENAGIHAN DADAH

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani , rohani serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Terdapat beberapa jenis dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seperti kokain, ganja, heroin dan syabu.

Terdapat beberapa jenis dadah dari tumbuhan antaranya ialah narkotik,ganja dan hashish,kanabis,kokain dan halusinogen.Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popiyang ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan opiat dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakannya berwarna perang.

Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat.Dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), namun keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan.

Kanabis selalunya dihisap seperti ganja dan asap ganja yang disedut itu akan mempengaruhi paru-paru. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan yang menyebabkan toxis psychosis atau tidak siuman.

Kokain berasal daripada pokok Erythroxylon coca. Daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan sejak zaman dahulu. Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.

Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih boleh mengakibatkan risiko gila.

Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan selamanya.



0 comments:

Post a Comment

KESIMPULAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan masalah sosial ke akar umbinya.Rukun Negara yang menjadi asas kewujudan hidup bermasyarakat di negara kita wajarlah diberi nafas baru.Prinsip pertama Rukun Negara yakni 'Kepercayaan Kepada Tuhan' sudah cukup untuk membendung pelbagai perlakaan negatif rakyat kerana insan yang takut akan Tuhan tidak akan tergamak untuk melakukan kejahatan!Justeru,kita hauslah sehati sejiwa dan seia sekata dalam usaha membendung segala ancaman yang menjadi hambatan kita ke arah pencapaian Misi Nasional dan Wawasan 2020.Di samping itu,kita juga harus berusaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat dan negarayang cemerlang,gemilang,dan terbilang yang boleh berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.