Sunday, August 22, 2010

MAT REMPIT

Gejala Mat Rempit bukan lagi suatu gejala asing yang berlaku pada hari ini.Gejala ini seolah-olah semakin berleluasa dari sehari ke sehari.Buktinya,boleh dikatakan setiap hari ada sahaja berita perihal Mat Rempit disiarkan sama ada di dada-dada akhbar,kaca televisyen mahupun di corong-corong radio.Namun begitu adakah anda tahu siapa itu Mat Rempit?Mat Rempit merupakan istilah yang diberikan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram.Selain itu,Mat Rempit juga dikenali sebagai samseng jalanan.Hal ini dapat dilihat apabila mereka melakukan pelbagai aksi yang berbahaya semasa menunggang seperti willy,berdiri.baring dan sebagainya tanpa memikirkan keselamatan diri dan orang lain.Aksi-aksi berbahaya yang mereka lakukan adalah untuk menunjukkan kehebatan dan keberanian.Bagi Mat Rempit semakin berbahaya jalan yang digunakan semakin seronok mereka berlumba.jalan berbahaya yang biasa mereka gunakan adlah seperti selekoh berbahaya,jalan berlubang,berair,berlumba melawan arus dan banyak lagi.Tambah menyedihkan Mat Rempit ini terdiri daripada remaja melayu yang kebanyakkannya adalah pelajar.Walaupun pelbagai usaha telah diambil bagi membendug gejala ini,namun ia tetap tidak mendatangkan hail yang lumayan.Hal ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang menjadi pendorong kepada gejala Mat Rempit.


Kurangnya perhatian daripada daripada dikatakan punca utama berlakunya gejala Mat Rempit.Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan anak-anak iaitu remaja.Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan tugas masing-masing kadang-kadang tiada masa yang secukupnya untuk anak-anak mereka.Hal ini akan menyebabkan anak-anak merasakan diri mereka diabaikan.Oleh itu,mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka.Bagi remaja yang berfikiran pendek mereka akan melibatkan diri di dalam pelbagai gejala yang kurang sihat seperti gejala rempit asalkan mereka mendapat perhatain daripada ibu bapa mereka.Jadi,tidak mustahillah jika gejala Mat Rempit masih tidak dapat dibendung hingga ke hari ini.


Selain itu,keruntuhan institusi keluarga juga menjadi pendorong kepada gejala Mat Rempit.Mat Rempit biasanya terdiri daripada keluarga yang bermasalah.Remaja akan mula terlibat di dalam gejala yang tidak sihat ini apabila berasa mereka tertekan dengan perkelahian ibu bapa mereka dan seterusnya mereka akan mencari hiburan luar untuk melepaskan perasaan.Bagi golongan Mat Rempit menunggang di dalam had yang laju akan dapat mengurangkan tekanan persaan mereka.Hal ini tidak mustahil menarik perhatian remaja yang bermasalah untuk mencuba aktiviti yang berbahaya ini.


Pengaruh rakan sebaya juga merupakan penyebab kapada wujudnya gejala Mat Rempit.Remaja dikatakan golongan yang suka meniru sesuatu yang menariperhatian mereka.Lebih parah lagi apabila merka lebih banyak masa bersama rakan-rakan mereka berbanding dengan keluarga.Mereka akan lebih mudah terpengaruh dengan rakan-rakan mereka yang terlibat dalam perlumbaan haram apabila rakan-rakan mereka mendapat habuan yang lumayan setelah memenangi sesuatu perlumbaan.Fenomena seperti ini dapat menarik minat mereka untuk turut sama dalam pelumbaan haram ini bagi mendapatkan habuan yang sama jika dapat memenangi perlumbaan tersebut.


Bukan itu sahaja,gejala sosial Mat Rempit juga berlaku disebabkan oleh perasaan ingin mencuba remaja itu sendiri.Apabila berada bersama dengan golongan Mat Rempit pelbagai aksi yang dapat ditonton.Darah muda golongan remaja akan lebih mudah tercabar apabila aksi yang dipertontonkan dapat menarik perhatian mereka.Situasi ini dapat menarik perhatian golongan remaja untuk mencuba aksi yang mereka saksikan.Bagi mereka kepuasan akan dapat dicapai apabila dapat mencuba aksi tersebut.



Fator yang seterusnya ialah kurangnya didikan agama.Pendidikan agama sangat penting diterapkan dalamdiri seseorang.Ini kerana ia dapat memantapkan sahsiah diri seseorang remaj.Kurangnyadidikan agama dalam diri remaja akan menyebabkan mereka lebih mudah terpengaruh dalam gejala yangtidak sihat seperti merempit.


Pelbagai kesan dapat dikenalpasti akibat daripada gejala Mat Rempit khususnya dari segi perkambangan ekonomi,politik dan sosail.Kesan dari segi perkembangan ekonomi dapat dilihat apabila ramai golongan remaja yang terlibat dalam gejala yang tidak sihat seperti merempit.Perkembangan ekonomi sesebuah negara terjejas kerana ramainta golongan Mat Rempit yang terdiri daripada golongan penganggur.Namun begitu ada juga diantara mereka yang bekerja.Golongan Mat Rempit biasanya akan tergolong dengan penyalahgunaan dadah.hal ini menyebabkan mereka memerlukan modalyang banyak untuk menampung kos berlumba dan juga kos untuk membeli bekalan dadah.Jadi,untuk mendapatkan pendapatan yang lebih mereka akan melakukan aktiviti tidak sihat yang lain seperti mencuri,memeras ugutdan menyamun.Hal ini akan meyebabkan pertumbuhan ekonomi terjejas.


Seterusnya,perkembangan politik juga akan terjejas disebabkan oleh gejala Mat Rempit yang semakin berleluasa sekarang.Remaja merupakan generasi baru yang semestinya akan menggantikan generasi yang lama.Jika ramai antara remaja pada hari ini terlibat dengan gejala yang tidak berfaedah seperti repit,jadi siapa yang akan menggantikan tempat ahli-ahli politik yang ada sekarang?Hal ini membimbangkan banyak pihak kerana tanpa politik yang kuat sesebuah negara tidak akan dpat berdiri dengan kuat.

Perkembangan sosial juga akan terjejas akibat daripada gejala Mat Rempit.Kebiasaannya Mat Rempit akan ditemani pasangan masing-masing yang dikenali sebagai Minah Rempit.Mereka ini juga kadang kala dipanggil sebagai bohsia.Bohsia merupakan orang yang dijadikan pertaruhan dalam sesebuah perlumbaan.Mereka akan mengikuti Mat Rempit yang memenangai perlumbaan dan seterusnya mengadakan hubungan seks.Bagi bohsia yang tidak menggunakan kondom dengan betul,akan menyebabkan mereka mengandung anak luar nikah.Selepas melahirkan anak itu,mereka akan membuang bayi mereka.Keadaan inilah yang menyebabkan perkembangan sosial negara semakin terjejas.

Oleh itu,beberapa pendekatan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini antranya ialah penguatkuasaan yanglebih ketat.Pihak kerajaan haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas dalam menangani masalah ini.Bagi mereka yang didapati bersalah dalam Akta Pengangkutan Jalan Raya,lesen memandu mereka hendaklah ditarik dan motosikal mereka hendaklah disita.Bgi mereka yang tidak mempunyai lesen memandu,mereka hendaklah ditahan dan boleh diikat jamin dengan jumlah yang sepatutnya.Keadaan ini akan menyedarkan Mat Rempit akan risiko yang bakal mereka hadapi.


Ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam membanteras gejala ini.Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat dengan remaja.Oleh itu, mereka haruslah meluangkan lebih banyak masa untuk anak-anak mereka.Bertanyakan tentang perkembanagn sekolah dan masalah yang anak-anak hadapi bukanlah suatu perkara yang susah.Keadaan ini akan menyedarkan remaja bahawa ibu bapa mereka menyayangi remaja.

Saturday, August 21, 2010

RASUAH


Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat hari ni mengandaikan bahawa keadaan rasuah di negara ini sudah terlalu parah dan tidak boleh diubati.Banyak hal tentang masalah rasuah iaitu daripada sikap masyarakat yang tidak tahu malu melakukan rasuah sampailah kepada peranan besar yang harus mereka mainkan untuk membanteras rasuah.Kerajaan juga telah berusaha meningkatkan integriti sekali gus membanteras penyelewengan dan rasuah yang menjadi salah satu agenda utama pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Abdullah Badawi.

Kalau masalah rasuah ni tidak dibetulkan sekarangnya mungkin sukar untuk kita membanterasnya nanti,apatah lagi kalau ia sudah meluas sehingga orang sudah tidak lagi merasakannya sebagai sesuatu yang salah.Memang sepatutnya kita semua menyokong cita-cita yang mahu memerangi rasuah.Kita perlu membantu dalam hal ini.Masyrakat seharusnya masuk campur mencari ubatnya dan jangan lepas tangan mengatakan ini masalah dan tanggungjawab kerajaan semata-mata.Tidak mungkin kerajaan mampu melakukannya sendiri.Setidak-tidaknya ia memerlukan kepada laporan daripada orang ramai sebelum sesuatu tindakan mahkamah boleh dimulakan ke atas mereka yang terlibat dalam rasuah.Walau sekuat mana pun kita mahu membanteras rasuah,kita mesti mengikut proses undang-undang dan jangan menutup sebelah mata kepada prinsip-prinsip keadilan.

Masyarakat masih tiak jijik dengan rasuah walaupun peringatan tentang kesan rasuah selalu dibuat tetapi nampaknya rasuah sudah menjadi begitu biasa dalam kehidupan seharian.Masalah ini masih belum menjadi begitu teruk seperti di sesetengah negara lain.Ia masih lagi boleh diubati.Eloklah Pedana Menteri menyebutkan tentang hal ini berulang kali.Kalau tidak dibuat begitu,susah untuk kita membetulkan keadaan.Ia akan berlarutan dan bebannya akan ditanggung oleh generasi akan datang.Duit akan menjadi sedikit.Projek pembangunan yang menelan belanja RM10 juta sepatutnya boleh mendirikan sebuah bangunan yang bernilai sebanyak itu tetapi kerana rasuah,ada bocor di sana sini mungkin ia dibina hanya dengan RM500,000 saja.Rakyat tidak lagi boleh pejam sebelah mata dalam hal rasuah ini.Setiap orang harus mulai dari hari ini mngambil pendirian untuk bersama-sama menyelesaikannya,tidak boleh lagi duduk di tepi pagar hanya melihat dari luar.Ini masalah kita semua.Kanser in ada dalam negara kita,jangan sampai suatu hari nanti semua perkara perlu kepada duit pelincir kerana rakyat akan tanggung bebannya nanti.Perang melawan rasuah ini adalah peperangan rakyat bukannya institusi kerajaan atau Parlimen atau badan kehakiman.

Rakyat masih tidak sedar bahawa merekalah mangsa sebenar rasuah kerana rakyat tidak cukup didedahlah dengan kesan dahsyat rasuah ini.Orang selalu merasakan bahawa rasuah ini bukan masalah mereka tetapi masalah orang lain.Mereka cuma nampak kesannya kepada orang yang melakukan rasuah dan berharap orang itu ditangkap.Orang ramai tidak begitu mengambil berat tentang masalah rasuah,seolah-olahnya rasuah itu bukan hal mereka.Tetapi kalau kes bunuh,rogol dan ragut orang dapat merasakan kesannya dan bimbang kalau-kalau ia menimpa ahli keluarga mereka.Ini tidak berlaku dalam kes rasuah kerana kesannya tidak nampak.Kesannya mengambil masa yang panjang,satu penyakit yang makan dalam,macam rumah yang dimakan anai-anai.Kita mesti sedar rasuah ibarat barah yang boleh membunuh ekonomi dan politik negara.Rasuah boleh mmbunuh parti-parti politik.Rasuah boleh menyebabkan krisis politik apabila pihak yang tidak mahu melihat lebih banyak kerosakan berlalu mula merampas kuasa.Apa kan terjadi kalau orang yang mengamalkan politik wang terpilih menjadi pemimpin kerana dia banyak duit sedangkan dia tidak pandai mentadbir?Kalau rakyat tidak peduli,hal-hal ini boleh berlaku.Memang brharap kesan-kesan rasuah ini disebarkan dengan meluaskan kepada rakyat.Rakyat tidak boleh memejam sebelah mata,mesti peduli apa yang berlaku di sekeliling mereka.

Kes rasuah ganjil sedikit kerana ia kesalahan yang melibatkan dua pihak,iaitu pemberi dan penerima.Orang ramai tidak boleh duduk diam saja dalam menghadapi masalah rasuah.Kes rasuah tidak sama seperti jenayah rogol atau bunuh yang mana ada satu pihak yang melakukan kesalahan dan satu pihak lagi yang menjadi mangsa.Dalam kes rasuah,orang yang memberi dan menerima itu melakukan kesalahan dan mangsanya pula ialah rakyat yang membayar cukai,kerajaan dan negara secara keseluruhannya.Kita semua menjadi mangsa tetapi kita tidak perasan.Kesan rasuah dan penyelewengan ini sangat dahsyat.Oleh sebab itu,orang ramai memberikan kerjasama untuk menghapuskan rasuah dengan apa-apa cara sekalipun.

Bagi menanam dalam diri orang ramai supaya ada kemampuan mengawal diri atau 'self control' untuk tidak terlibat dalam rasuah ,kita haruslah menanam dalam fikiran masyarakat bahawa amalan rasuah dan penyelewengan yang mereka lakukan itu menjejaskan kepentingan negara dan bertentangan dengan agama untuk menjaya dalam perang ini.Pada masa yang sama,kita harus menggiatkan usaha untuk mencegah amalan rasuah.Ini mesti dijalankan serentak dengan tindakan-tindakan pendakwaan di mahkamah kerana dalam apa juga usaha mengubati penyakit,langkah pencegahan itu yang lebih berkesan.Ada banyak cara untuk mencegah rasuah termasuklah memberikan tender projek secara telus dan terbuka.Semua orang harus mengakui bahawa masalah ini wujud dalam masyarakat kita dan masalah ini serius.Kalau wakil rakyat sendiri pun sudah menyeleweng dan rasuah,bagaimana kita hendak mengharapkan rakyat dapat contoh yang baik.Parti-parti politik juga tidak terkecuali daripada perang melawan rasuah ini.Semua pihak mesti memainkan tugas masing-masing,tidak boleh hanya mengharapkan kerajaan saja.Kalau rakyat tidak mendukung usaha kerajaan,susahlah.Kita harus tingkatkan kesedaran melalui pelbagai saluran yang ada,termasuk melalui seni dan sastera.Kenapakah televisyen lebih banyak menyiarkan drama-drama cinta?Itu yang orang suka sekarang tetepi cerita-cerita kesedaran mengenai bahaya rasuah mesti juga digalakkan.

Kerajaan dapat memainkan peranannya untuk melawan rasuah.Langkah selanjutnya ialah kerajaan perlu memastikan kempen ini mendapatkan sokongan padu daripada segenap lapisan rakyat.Pertama,kerajaan perlu menunjukkan teladan yang baik.Jangan ada lagi berlaku kes-kes yang menjejaskan integriti kerajaan dan anggota kerajaan.Kedua,proses keadilan berhubung kes-kes rasuah perlu dikemaskinikan.Kabinet harus meminda semula undang-undang berkaitan rasuah.Badan kehakiman pula hendaklah mempunyai satu polisi yang jelas tentang kes-kes rasuah terutamanya mengenai tahap hukuman yang dikenakan.Hukuman itu mestilah menjadi satu peringatan kepada masyarakat supaya mereka takut melakukan rasuah.Kalau ada salah laku rasuah,kita jangan pilih bulu dalam menegakkan undang-undang,termasuklah terhadap wakil rakyat.Tiga cabang kerajaan eksekutif.legislatif dan badan kehakiman perlu berganding bahu dalam perang ini,bergerak dalam satu haluan.Perdana Menteri hendaklah dari masa ke semasa mengingatkan anggota Kabinet tentang bahaya rasuah dan peringatan itu diturunkan pula kepada kakitangan awam dan masyarakat keseluruhannya.Jangan bosan menjadikan isu-isu rasuah sebagai kandungan khutbah di masjid-masjid.Pendek kata,kita perlu menggunakan semua saluran yang ada.Kita boleh menangani asal saja kita bersatu hati dan tekad,bergerak satu haluan.


Disediakan oleh:Chong Min Wei
No.Matrik:206018

Friday, August 20, 2010

Kemiskinan

Definisi

*Menurut Dr.Syed Husin Ali (1983), kemiskinan adalah ketidakmampuan untuk mendapat keperluan asas, iaitu makanan, tempat tinggal, dan pakaian dan keperluan sosial seperti pendidikan, perubatan, dan kenderaan.

*Kamal Salih (1983) pula mendefinisikan kemiskinan sebagai:
i) golongan yang tidak mempunyai sumber pendapatan.
ii) golongan yang tidak berhak mempunyai kuasa dalam pemberian pendapat, kuasa politik, pemilikan faktor-faktor pengeluaran, pendidikan dan sebagainya.
iii) golongan yang tidak dapat menikmati keperluan seperti perlindungan, pendidikan asas, perubatan, dan lain-lain dalam sesebuah masyarakat.

*Ishak Shaari (1996) menganggap kemiskinan adalah satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung sejumlah perbelanjaan untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, dan keperluan lain.

Secara umumnya, kemiskinan adalah satu keadaan di mana seseorang individu tidak mampu membiayai perbelanjaan untuk keperluan asas manusia dan biasanya ia disemaikan dengan masalah kekurangan wang.

Faktor-faktor

Peperangan

Peperangan akan menyebabkan ekonomi negara terbantut kerana pelaburan dari negara asing berkurang akibat ketidakstabilan politik sesebuah negara itu. Peperangan juga akan menggunakan perbelanjaan yang besar untuk membekalkan bekalan makanan dan senjata api kepada angkatan tentera. Hal ini menyebabkan perbelanjaan negara menjadi terdadak besar dan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi dan menambahkan cukai terhadap rakyatnya bagi menampung kerugian negara. Oleh kerana ini, kemiskinan tercetus. Selain itu, kemusnahan selepas peperangan mengakibatkan keselamatan negara tergugat. Penduduk tidak berani membuka perniagaan di bandar menyebabkan pemutusan sumber makanan dan pendapatan. Keadaan ini menyebabkan penduduk di negara yang sedang berperang menjadi lebih miskin.


Bencana Alam

Bencana alam seperti kebanjiran, tsunami, kemarau, tanah runtuh dan lain-lain akan membawa kemusnahan tempat tinggal, harta benda dan kekurangan air bersih serta sumber makanan. Bencana alam juga dapat membinasakan infrastrukur dan faktor-faktor pengeluaran yang merupakan unsur yang penting untuk menjana kekayaan. Harga makanan akan meningkat kerana kekurangan hasil pertanian akibat kerosakan daripada kesan bencana alam. Penghutanan dan pertanian tidak dapat diteruskan kerana kehausan tanah akibat kesan kebanjiran. Kekeringan dan krisis air juga akan menurunkan hasil pertanian dan menyebabkan kemiskinan kerana kekurangan sumber makanan.


Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang Negara
Pengurusan sistem negara yang tidak cekap akan mengakibatkan gejala-gejala negatif seperti rasuah berlaku. Gejala rasuah akan menyebabkan golongan orang miskin membebani kos kehidupan yang tinggi. Keadaan ini dapat dijelaskan dengan kejadian sebelum pembaharuan ekonomi di India, peniaga perlu bagi suapan kepada pegawai kerajaan untuk membuat setiap perniagaan. Maka, harga barang terpaksa dinaikan bagi mengelakkan kerugian perniagaan. Pelabur asing tidak berani melabur ke negara tersebut kerana sistem negaranya yang tidak teratur. Pembangunan dan kemajuan negara tersebut terjejas disebabkan penguatkuasaan undang-undang di negara itu yang lemah. Hal ini akan menyebabkan ekonomi negara itu terbantut dan tidak dapat membawa keselesaan kepada rakyatnya dan seterusnya kemiskinan berlaku.

Kesan-kesan

Kelaparan

Mengikut laporan PBB, terdapat sekurang-kurang 20000 orang mati akibat kelaparan setiap hari. Malah, golongan kanak-kanak telah merangkumi jumlah kematian kelaparan yang terbanyak. Kelaparan akan mendorong pelbagai penyakit seperti kekurangan zat, AIDS, HIV dan lain-lain. Ini disebabkan mereka yang mengalami kemiskinan tidak mampu membeli makanan, maka mereka sentiasa berlapar dan akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Bagi golongan yang berpenyakit dan sering berlapar, mereka tidak berupaya dan bertenaga untuk bekerja kerana kemiskinan. Penduduk di Afrika merupakan golongan yang menghidapi penyakit AIDS dan HIV yang terbanyak di seluruh dunia. Tambahan lagi, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia, terdapat 90% kematian daripada jangkitan penyakit Malaria berlaku di Afrika. Tahap keseriusan dari kesan kemiskinan di setempat itu telah mengejutkan seluruh dunia ini.


Pendidikan

Sekolah atau institusi pendidikan tidak dapat dibinakan kerana kos pembinaan sekolah adalah tinggi dan tidak mampu ditanggungkan oleh sesebuah negara yang miskin. Kanak-kanak tidak mendapatkan pendidikan kerana kekurangan sekolah dan pengajar. Hal ini akan menyebabkan kadar buta huruf meningkat. Sesetengah kumpulan kanak-kanak di negara miskin dianggap bertuah kerana terdapat pihak kebajikan sosial mengajar mereka secara percuma walaupun tempat pengajaran hanya berada di sebuah pondok yang kecil. Bagi kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan atau hanya mempunyai tahap pendidikan yang rendah, mereka mudah terlibat dalam masalah sosial seperti pengambilan dadah, kehamilan pada usia yang muda dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak dididik tentang perkara yang manakah adalah betul atau salah. Di samping itu, kemiskinan juga menyebabkan anak-anak tidak dapat mencari pekerjaan yang bergaji tinggi pada masa depan kerana taraf pendidikan mereka yang rendah itu. Mereka terpaksa mewarisi pekerjaan keluarga mereka seperti nelayan atau memegang pangkat yang rendah dalam sesebuah organisasi yang kecil sahaja.

Peningkatan Kadar Jenayah

Perdagangan manusia merupakan jenayah yang sering didorongkan oleh kemiskinan. Golongan kanak-kanak dan wanita sering dijadikan mangsa dalam gejala perdagangan manusia ini. Ini kerana kanak-kanak dan kaum wanita merupakan golongan yang lemah dan tidak mampu menghalangnya. Perdagangan manusia masih meleluasa hingga hari ini kerana kemiskinan sesebuah keluarga yang tidak mampu menyara anak-anak yang berbilangan ramai, maka mereka menjual anak-anak mereka sebagai hamba kepada keluarga yang lebih kaya untuk mendapat duit demi membeli makanan. Secara kesannya, kes-kes penderaan dan keganasan sexual meningkat tahun ke tahun. Di negara Zimbabwe, kanak-kanak perempuan selalunya dijualkan sebagai isteri muda kepada peniaga yang kaya. Akibatnya, kanak-kanak tersebut mengalami deraan dan dijadikan sex hamba. Bukan sahaja itu, kanak-kanak juga diambil dan dipergunakan sebagai pengangkutan untuk "menghantar" dadah bagi kongsi-kongsi gelap.

Kemiskinan Di Malaysia

Dewasa ini, Malaysia telah menunjukkan prestasi yang disanjungkan di persada dunia ini. Malah, wawasan 2020 yang dinanti-nantikan sedang diusahakan dalam tahun ke tahun. Kendalipun, kesampaian ini tidak akan tercapai sekiranya kemiskinan di Malaysia tidak dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Terdapat laporan telah menunjukkan kemiskinan rumahtangga di Malaysia agak serius di luar bandar terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Antara sebab yang mengakibatkan kemiskinan adalah ketidaksetaraan pendapatan antara bandar dan luar bandar. Pembahagian desa-bandar juga mendorong jurang ini berlaku. Mengikut kajian, pendapatan rumahtangga pendesaan hanya merangkumi 55% daripada pendapatan rumahtangga di bandar sahaja pada tahun 1999. Kemiskinan sekali menggemparkan masyarakat Malaysia apabila terdapat satu berita yang dilaporkan bahawa seorang budak lelaki telah membunuh diri kerana dia tidak mampu membeli sebatang aiskrim di sekolahnya dan hal ini menyebabkan rakan-rakan mentertawakan dia. kejadian berlaku di Penampang, Sabah dan ibu kepada budak kecil ini yang merupakan seorang pesakit yang menghadapi penyakit jantung perlu menyara 7orang anak dengan RM70 sebulan daripada sumbangan jabatan kebajikan. Kita tidak dapat bayangkan bahawa seseorang itu sanggup membunuhkan diri disebabkan kemiskinan dan lagipun dia adalah seorang kanak-kanak sahaja. Adakah ini berpunca daripada kekurangan perihatin masyarakat? Ataupun usaha masyarakat Malaysia dalam membantu golongan yang miskin adalah tidak cukup?

Kesimpulannya, bak kata pepatah melayu yang berbunyi "sepakat membawa berkat". Kita haruslah berganding bahu dan bekerjasama membantu golongan yang miskin ini agar masalah kemiskinan dapat dibendungkan supaya negara dapat menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.



Disediakan : Chang Mei Wei ( 206105)

GENGSTERISME


Gejala gengsterisme merupakan satu fenomena laknat yang melibatkan muda-mudi di seluruh dunia yang sudah pun menjadi isu yang hangat dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam media tempatan. Kepincangan disiplin tersebut semakin menular dan amat merunsingkan Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah kerana isu gengsterisme kian menjadi hambatan kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan iklim yang kondusif di sekolah dan masyarakat yang harmonis.

PUNCA
Pada era globalisasi ini,punca primer pelbagai masalah yang berkait rapat dengan remaja datang daripada keluarga .Dalam hal ini,ibu bapa yang berperanan sebagai pelindung kepada anak-anak mereka yang masih berusia setahun jagung sememangnya telah mengalpakan tanggungjawab mereka.Mereka beranggapan bahawa dalam dunia ini wang menjaminkan segala-galanya lalu lebih mementingkan pekerjaan,dan perniagaan lalu sibuk mengejar hal-hal duniawi.Kealpaan tersebut menyebabkan mereka kurang meluangkan masa untuk menemani anak-anak emas mereka.Malah rumah tangga yang selalu berlaku krisis seperti pergaduhan,penceraian dan konflik menyebabkan anak-anak kurang mendapat perhatian dalam keluarga sendiri.Institusi keluarga yang sepatutnya seteguh Tembok Besar Cina kini dilanda kemarau kasih sayang.Secara tidak langsung,anak-anak akan berasa mereka dianaktirikan bagai rumput di tepi jalan.Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mencari kasih sayang di luar rumah dan senang dibelenggu bisikan iblis dan godaan syaitan.Tanpa disedari,mereka yang mentalitinya rendah akan dipengaruhi elemen-elemen jahat dan akhirnya terjerumus ke dalam medan gengsterisme.

Jika hal ini dipandang dari sudut lain,pengaruh rakan sebaya terhadap pelajar-pelajar lain sama ada di dalam atau di luar sekolah banyak berperanan dalam penularan gejala gengsterisme.Mereka yang dikatakan sebagai rakan karib sebenarnya ialah syaitan yang bertopengkan wajah manusia.Mereka beisifat hipokrit dan ingin menjadikan remaja lain seperti mereka,iaitu menjadi jahat dan seterusnya memasuki geng mereka.pelajar-pelajar tersebut akan diajar untuk merompak ataupun meragut sebagai langkah pertamadan setelah beberapa lama,mereka akan terlibat dalam kegiatan bunuh-membunuh ataupun gengsterisme yang dianggap sebagai kemuncak segala kemungkaran.Mereka akan menjadi tidak berperikemanusiaan dan masa depan mereka akan dipenuhi kegelapan.Kendatipun mereka dapat diselamatkan,mereka juga akan terkenang akan terkenang-kenang akan perbuatan jahatnya dahulu seperti anjing biasa makan tahi,kalau tidak dimakan dicium juga.

Selain itu,pengaruh media massa juga tidak boleh diperkecilkan.Media-media massa kerap kali menyiarkan rancangan-rancangan barat yang berunsurkan keganasan ataupun amalan-amalan negatif seperti vandalisme dan gengsterisme.Hal ini menyebabkan remaja yang masih tidak tahu membezakan yang baik daripada yang buruk sukar dilepas daripada genggaman anasir-anasir jahat ini.

LANGKAH
Sebelum nasi menjadi bubur,kita haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan gejala ini.Bak kata pepatah 'Di mana ada kemahuan ,di situ ada jalan',asalnya kita berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keagamaan,tentu kita tidak sesat jalan.Kanak-kanak haruslah menjalani kehidupan yang berkiblatkan keTuhanan dan bersendikan keimanan dengan disemaikan ajaran agama ke dalam sanubari mereka sejak kecil lagi,kata orang tua-tua dahulu 'melentur bulun biarlah dari rebungnya'.Mereka perlu dipimpin dengan hala tuju yang betul agar tidak melangkah kaki ke dalam medan gengsterisme.

Akhlak mulia juga haruslah dicerminkan oleh ibu bapa kepada anak-anak dan amalan jahil ibarat 'ketam menyuruh anaknya berjalan betul' haruslah kita jauhi.Ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak emas mereka yang ibarat bahtera yang tidak terkemudi,terapung-apung di tengah samudera yang bergelora agar mereka membesar menjadi insan yang berhati mulia.Ibu bapa harus mencurahkan kasih sayang dan mengasuh anak-anak dengan berhati-hati seperti menatang minyak yang penuh.Mereka juga harus mengambil tahu permasalahan dan kehendak anak-anak mereka di samping senantiasa mengawasi perlakuan serta membetulkan kesalahan muda-mudi tersebut.Malah wawasan keluarga bersertakan disiplin harus ditetapkan oleh ibu bapa dan wajib diikuti oleh anak-anak mereka bagi menggalakkan tumbesaran mereka yang positif.

Di samping itu,kerajaan haruslah menjadikan generasi muda sebagai agenda utama mereka.Kerajaan perlu menumpukan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan remaja dan berusaha sedaya upaya menamatkan penularan gejala tersebut.Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas untuk mengurangkan kes gengsterisme.Perubahan dalam undang-undang tentang hukuman untuk juvana di bawah 18 tahun ialah satu perkembangan yang kena pada masa dan tempatnya.Malah,pelaksanaan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara juga merupakan langkah bijak kerajaan untuk menangani masalah gengsterisme.

KESAN
Sememangnya jika seseorang remaja melibatkan diri dalam gejala sosial seperti gengsterisme,ini akan mendatangkan kesan buruk ke atas diri sendiri remaja tersebut.Masa depan remaja tersebut akan dihancurkan.Remaja yang digelarkan sebagai benteng negara akan dilabelkan sebagai golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut mencemari imej diri sendiri.Mereka akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat.

Penglibatan remaja dalam gengsterisme turut mencemari imej keluarga.Ahli keluarga akan dikritik ,dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat.Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah Taj Mahal.Selain itu,perbuatan jahal remaja juga akan meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.

KESIMPULAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan fenomena gengsterisme dan gejala sosial lain hingga ke akar umbinya.

                                                                                                                       DISEDIAKAN OLEH
                                                                                                           CHAI LEE CHIN        206117

PEMBUANGAN BAYI

Mutakir ini remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada hari ini seperti gejala pembuangan bayi semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini amatlah membimbangkan dan mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak dan telah menjadi semakin parah. Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana cara untuk menyelesaikan permasalahan ini. Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat.
Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi. Pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak berkuasa mestilah menguatkuasakan undang-undang dengan megenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukumann sebat. Hal ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak remaja. Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran seperti kempen kami perihatin untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini seterusnya menangani masalah in daripada berleluasai.Justeru itu peranan media massa amatlah pentig dalam menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Media massa berperanan menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan. Pihak media massa juga hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filrm yanag mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak,setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini boleh mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak akan lebih erat dan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka. Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi.

Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah untuk mendapat bimbingan dan perlindungan. Hal ini menunjukkan mereka masih dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka. Selain itu, masyarakat mestilah tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras.
Kesimpulannya anak adalah anugerah daripada Allah, setiap bayi yang dilahirkan mempunyai hak untuk hidup. Justeru itu, semua pihak haruslah melihat gejala pembuangan bayi ini secara rasional dan tidak seharusnya memandang remeh tentang permasalahan ini. Oleh itu,kta sebagai masyarakat yang perihatin haruslah bersama-samalah berganding bahu menangani masalah perbuangan bayi ini dengan lebih proaktif agar masalah ini akan dapat dibendung..

Thursday, August 19, 2010

GEJALA BULI







Buli. Itulah isu yang sentiasa kita dengar sama ada dari berita ataupun surat khabar. Tetapi tahukah anda maksud sebenar buli? Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Selain daripada itu, buli juga bermaksud tingkah laku yang agresif sama ada secara fizikal atau psikologi ke atas mangsa secara berulang kali. Biasanya perbuatan buli ini akan didapati di sekolah sama ada sekolah rendah ataupun menengah. Secara keseluruhannya, perbuatan buli ini adalah tidak baik dan akan mendatangkan kesan sama ada kepada mangsa ataupun pembuli itu sendiri.

Pembuli biasanya terdiri daripada pelajar senior di sekolah tersebut. Ini adalah kerana mereka merasakan diri mereka adalah lebih besar dan kuat serta mempunyai pengaruh yang lebih hebat. Disebabkan mereka merasakan diri mereka adalah hebat, mereka akan mencari mangsa yang lebih lemah dan muda daripada mereka supaya mereka dapat menunjukkan kekuatan mereka. Selain itu, para pembuli juga akan bertindak dalam satu kumpulan yang terdiri daripada beberapa orang. Ini akan memudahkan tindakan mereka dan memberi mereka lebih keyakinan diri untuk bertindak membuli orang lain.

Mangsa buli biasanya merupakan orang yang lebih junior dan lemah daripada pembuli. Mereka juga kelihatan lebih lemah dan biasanya bersendirian. Selain itu, ada juga mangsa buli yang merupakan budak baru dalam sesebuah sekolah. Mangsa buli juga merupakan seseorang yang disayangi guru dan popular di kalangan pelajar. Keadaan ini akan menyebabkan pembuli berasa cemburu dan iri hati terhadap mereka lalu cuba untuk menyakitkan mereka sama ada secara fizikal ataupun mental.

Faktor yang mendorong seseorang terjebak dalam aktiviti membuli adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Terdapat pembuli yang mengikut jejak rakan mereka supaya mereka tidak berasa tersisih dan merasakan diri mereka masih tergolong dalam kumpulan itu walaupun mereka tidak ingin mencederakan orang lain dengan membuli. Ini adalah kerana mereka takut mereka akan disisihkan sekiranya mereka tidak mengikut perlakuan rakan mereka.

Selain itu, terdapat juga pembuli yang pernah menjadi mangsa buli. Ini adalah kerana mereka masih tidak dapat melepaskan diri daripada trauma terdahulu yang menyebabkan mereka menjadi pembuli. Mereka cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialami terdahulu kepada mangsa mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan terkenang masa lampau mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa lebih menderita. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan seterusnya menyebabkan mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.

Keinginan untuk mendapat perhatian orang juga merupakan salah satu faktor penyebab berlakunya kejadian buli. Mereka ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang lain terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Mereka kurang mendapat kasih sayang daripada keluarga dan ini akan menyebabkan mereka berasa kesunyian dan ingin mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan dan guru mereka. Akan tetapi, mereka tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkan perasaan mereka. Selain itu, terdapat pembuli yang menghadapi masalah dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan penceraian ibu bapa yang akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui cara yang betul untuk meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan masalah yang mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka terutamanya kepada lelaki. Selain itu, pengaruh daripada media massa yang berunsurkan keganasan juga mendorong perbuatan buli. Orang ramai akan terdedah dengan unsur yang negatif ini dan ada di antara mereka yang mengikut perlakuan tersebut. Ini akan meningkatkan gejala buli di sekolah.

Pada era yang moden ini, pembuli bukan sahaja terdiri daripada lelaki. Ini adalah kerana terdapat perempuan yang menjadi pembuli yang lebih mengerunkan daripada lelaki. Mereka akan bersikap lebih ganas dan menakutkan dari sangkaan orang ramai. Akan tetapi, peratus pembuli di kalangan perempuan adalah lebih rendah berbanding dengan lelaki.

Perlakuan buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal merupakan buli yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal seperti pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak teranjang yang boleh mengakibatkan kecederaan. Selain itu, buli fizikal juga boleh mengakibatkan kematian. Manakala buli mental pula merupakan perbuatan buli yang akan memberi impat dari segi psikologi seperti mengejek. Kes jenis buli ini jarang mendapat perhatian orang ramai, tetapi kes jenis ini berlaku dengan serius di sekolah.

Perbuatan buli ini akan memberi kesan sama ada kepada pembuli ataupun mangsa buli. Kesan luaran yang paling ketara yang akan dialami oleh pembuli ialah pembuli akan mempunyai rekod yang buruk di sekolah dan akan menjejaskan kehidupannya setelah meningkat dewasa. Mereka akan mengalami kesukaran untuk mencari pekerjaan dan ini akan mendorong mereka untuk menjadi penjenayah yang agresif. Mangsa buli pula akan mengalami kecederaan fizikal. Mereka juga akan menjadi pembuli kerana trauma yang mereka hadapi. Selain itu, mereka juga akan mencari mangsa lain untuk mendapat kembali harga diri mereka yang terjejas akibat dibuli. Mangsa buli juga akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah psikilogi. Mereka akan hilang keyakinan diri serta tiada matlamat hidup dan mereka juga akan berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu, ada di antara mereka yang akan mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna lagi.

Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini. Pihak sekolah harus mengetahui gejala buli yang berlaku di sekolah dan berusaha untuk membanteras gejala tersebut dengan mengetatkan pengawasan di sekolah serta menggiatkan aktiviti meronda di kawasan tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga harus mendidik pelajar tentang keburukan gajala buli sejak di bangku sekolah lagi. Hukuman yang lebih keras harus dikenakan terhadap pembuli supaya gejala ini dapat dibendung.

Ibu bapa juga harus memainkan peranan untuk membendung gejala ini. Ibu bapa harus mengambil berat akan anak-anak mereka dan memberikan mereka kasih sayang supaya mereka tidak berasa tersisih dan kesunyian. Ini akan membantu mengelakkan anak-anak mereka daripada terjebak dalam gejala buli. Ibu bapa juga harus mengetahui kegiatan yang berlaku di sekolah anak-anak mereka supaya mereka tidak bergaul dengan rakan yang akan mempengaruhi mereka ke jalan yang salah.

Selain daripada ibu bapa dan pihak sekolah, pelajar sendiri harus mengambil inisiatif untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala ini. Mereka harus meluahkan masalah yang mereka hadapi sama ada kepada ibu bapa mereka, rakan-rakan atau guru kaunseling. Ini boleh mengelakkan mereka daripada melakukan gejala yang tidak baik akibat tertekan. Mereka juga harus berfikir tentang baik dan buruk perlakuan mereka agar tidak memudaratkan orang lain.

Akhir kata, pencegahan gejala ini harus dilakukan oleh semua pihak dan bukan hanya satu pihak sahaja. Ini adalah kerana bak kata pepatah ''bersatu teguh, bercerai roboh''. Oleh itu, kita kenalah bersatu padu dan berganding bahu untuk membanteras gejala ini daripada berleluasa dan memudaratkan generasi akan datang.

Wednesday, August 18, 2010

PENDERAAN KANAK-KANAK



Pengenalan

Penderaan kanak-kanak bermaksud satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan atau tindakan zalim yang dilakukan terhadap golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. Kebelakangan ini, kes penderaan kanak-kanak semakin meleluasa. Berita kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media elektronik atau media cetak. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 orang kanak-kanak di Malaysia telah menjadi mangsa penderaan kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak telah menjadi salah satu masalah global yang gempar. Jika masalah penderaan tidak dicegah dengan segera, ia akan memberi impak yang serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Di samping itu, kehidupan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka juga akan dijejaskan. Dengan itu, ia akan menjadi masalah masyarakat secara amnya.

Jenis-Jenis Penderaan


Penderaan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat kategori. Antaranya adalah penderaan fizikal, penderaan seksual, penderaan emosional dan pengabaian kanak-kanak.

Penderaan fizikal adalah satu fenomena sosial yang didefinisikan sebagai keganasan secara fizikal terhadap kanak-kanak. Tindakan ini boleh menyebabkan kecacatan anggota badan, kecederaan otak,kerentakan tulang dan meninggalkan kesan-kesan di tubuh badan seperti parut dan lebam akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas.

Penderaan seksual pula merujuk kepada perbuatan yang memaksa, mengugat dan memperdaya kanak-kanak untuk berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memenuhi kehendak nafsu seks orang dewasa. Penderaan ini boleh dilakukan melalui gambar, video, pornografi atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Perbuatan mereka yang tidak berhati perut ini telah menyebabkan kebanyakan kanak-kanak dicabut kehormatan, dirogol dan dipaksa melacur.

Manakala penderaan emosional membawa erti kepada bentuk gangguan psikologi terutamanya dari segi mental dan emosional, sama ada diabai, didera, dianiayai, dikutuk dan dihina oleh ahli keluarga. Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa, gangguan emosi dan mental dalam proses pembesaran mereka akibat daripada kekurangan kasih sayang, tidak dihiraukan dan dilayan oleh ahli keluarga, pergaulan mereka disekat dan tidak mempunyai kebebasan misalnya tidak dibenarkan bermain, sering dimarah, ditengking dan dipandang rendah oleh ahli keluarga mereka.

Pengabaian kanak-kanak berlaku apabila kanak-kanak tidak mendapat keperluan asas dari orang dewasa seperti makanan berkhasiat, tempat perlindungan, pendidikan, keselamatan, rawatan emosi dan fizikal. Contohnya, kanak-kanak tidak menerima pendidikan pada umur yang ditetapkan oleh kerajaan. Selain itu, kanak-kanak yang dipaksa bekerja juga adalah satu jenis penderaan pengabaian.

Punca-punca

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan masalah penderaan kanak-kanak berlaku. Antaranya adalah seperti tekanan ibu bapa. Biasanya bagi ibu bapa yang bekerja, mereka akan menghadapi tekanan yang besar. Apabila masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah, mereka akan melepaskan geram ke atas anak mereka yang tidak berdosa. Ibu bapa mugkin akan memukul, mencucuk puntung rokok, menerajang dan sebagai terhadap anak-anak mereka.

Selain itu, masalah kepincangan rumah tangga seperti perkahwinan yang tidak sah, perbalahan antara ahli keluarga, ibu bapa yang ketagih dadah, kaki judi, sikap luar biasa terhadap perhubungan seks semuanya boleh mencetuskan penderaan terhadap kanak-kanak. Contohnya, apabila ibu bapa yang ketagih dadah atau arak, mereka akan kehilangan pertimbangan dan menjadi tidak wajar. Akibatnya, anak-anak mereka telah menjadi mangsa.

Masalah penderaan juga sering berlaku dalam keluarga kelas bawahan yang berpendapatan rendah, keadaan kemiskinan yang runcing seperti pengangguran, kurang sumber kewangan dan kemudahan asas yang tidak mencukupi. Apabila sesebuah keluarga mengalami masalah kewangan, ini akan menyebabkan mereka menjadi panas baran sehingga melepaskan perasaan mereka ke atas anak-anak. Namun, masalah penderaan berlaku.

Di samping itu, punca yang menyebabkan penderaan juga termasuk kekurangan pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Pengetahuan agama adalah amat penting kerana ia dapat memberi panduan yang terbaik dan tersusun dalam menguruskan keluarga. Islam telah menerapkan sifat yang baik yang perlulah kita contohi seperti tahap kesabaran yang tinggi dalam melayan kereneh anak-anak. Jadi, masalah penderaan mudah dicetus jika seseorang itu kekurangan ajaran agama.

Langkah-langkah

Kerajaan boleh mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat secara umum bagi membanteras masalah penderaan. Kempen ini akan memberi kesedaran kepada para ibu bapa supaya lebih melindungi anak-anak mereka. Di samping itu, mereka akan lebih memahami tanggungjawab mereka yang sebagai seorang ibu bapa. Jadi, mereka akan mengelakkan anak mereka menjadi mangsa penderaan yang seterusnya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam mengatasi masalah penderaan. Pegawai kebajikan masyarakat haruslah membuat lawatan siasatan terhadap keluarga yang berkenaan apabila menerima aduan. Mereka perlulah memberi bantuan dengan segera sekiranya mendapati masalah penderan berlaku dalam sesebuah keluarga. Dengan bantuan mereka, kes penderaan dapat dikurangkan.

Kerajaan juga boleh menguatkan kuasa undang-undang seperti menjatuhkan hukuman yang berat seperti hukuman mati terhadap sesiapa yang mendera kanak-kanak. Dengan cara mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang, pendera-pendera akan berasa takut dan tidak berani melakukan perbuatan yang begitu kejam ini. Namun, kanak-kanak dapat dilindungi daripada penderaan.

Di samping itu, pihak-pihak yang berkenaan juga boleh mengadakan kelas-kelas bimbingan di setiap tempat. Kelas ini khususnya bagi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini akan memberi pengetahuan kepada setiap pasangan tentang peranan mereka serta tanggungjawab yang perlu dipikul dan ditanggung setelah berumah tangga. Mereka dapat bersiap sedia diri dalam kehidupan yang baru. Mereka akan lebih memahami bagaimana cara untuk membimbing anak dan sebagainya.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan satu tindakan zalim yang bertentangan dengan agama. Hal ini kerana perbuatan sedemikian hanya untuk bertujuan menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan diri sendiri. Kanak-kanak merupakan generasi berharapan bagi negara kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam menangani masalah ini demi perkembangan kanak-kanak yang seimbang.
Disediakan oleh: Ng Jia Yi ( 205805 )

Ragut



Ragut merujuk kepada tindakan seseorang jenayah merampas harta benda orang lain dengan paksa atau kekuatan yang dimiliki . Tindakan ini menyebabkan mangsa ragut kehilangan sesuatu secara paksa .

Kes ragut di Malaysia terutamanya di ibu negara semakin membimbangkan. Terdapat sebuah kes dimana ibu sedang mengandung terbunuh dalam kejadian ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut , ada juga mangsa yang dicalar kerana ditoreh dengan pisau yang tajam ketika melawan peragut dan sebagainya.

Punca :
• Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan remaja .
Golongan remaja biasanya lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya . Meraka akan meniru tindakan rakan sebaya mereka . Pengaruh rakan sebaya akan mecorakkan sikap , tingkah laku , pemikiran dan nilai remaja . Remaja yang menghadapi masalah keluarga adalah lebih mudah terpengaruh dengan rakan berbanding dengan remaja yang disayangi dan dilindungi oleh keluarga . Kebiasaan remaja yang melakukan jenayah adalah remaja yang berkumpulan . Mereka mempunyai keberanian untuk bertindak melakukan jenayah dalam kumpulan . Kebanyakkan mereka tidak mempunyai hala –tuju , maka apabila mereka berkumpul ,maka timbullah pelbagai idea seperti meragut . Selain itu , keberanian untuk bertindak bagi remaja dalam kumpulan adalah lebih banyak berbanding dengan remaja yang bersendirian . Malah , ada juga remaja cuba meragut sebab ingin mencari keseronokan .

• Pengaruh media massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dalam mempengaruhi pemikiran dan tindakan remaja . Paparan aksi –aksi negatif dari filem-filem yang mempunyai unsur-unsur ke arah melakukan kegiatan ragut akan mempengaruhi remaja melakukan kegiatan ragut . Menurut kajian , golongan remaja adalah mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuklah media massa .

• Silap tidak peduli dan individualistik masyarakat
Menurut kajian , banyak masalah jenayah adalah berlaku di kawasan bandar .
Golongan yang melakukan ragut bukanlah yang tidak terpelajar tetapi adalah yang terpelajar dan dilahirkan di bandar yang sukar dikawal . Di kawasan bandar , kebanyakkan penduduknya tidak akan mengambil peduli masalah yang berlaku di sekeliling mereka selaginya mangsa ragut bukanlah ahli keluarga atau diri mereka . Maka keadaan ini menyebabkan peragut terus manjalankan kegiatan secara meleluasa di kawasan yang sunyi .

• Menghadapi masalah kewangan
Punca utama yang menyababkan berlakunya ragut ialah keadaan keluarga yang miskin . Kebanyakkan peragut menghadapi masalah kewangan yang serius maka terdoronglah mereka melibatkan diri dalam kegiatan meragut . Ini adalah kerana meragut adalah cara yang paling cepat untuk seseorang mendapatkan sejumlah wang . Selain itu ,ekonomi yang sedang merosot menyababkan ramai orang kehilangan peluang pekerjaan . Ketidakupayaan pekerja yang dibuang kerja itu untuk mencari kerja lain dalam masa yang terdekat telah menjurus mereka ke kancah jenayah terutama apabila terfikir anak dan isteri . Oleh itu, kes ragut meningkat kerana banyak pekerja tidak mempunyai pekerjaan lalu beralih menjadi peragut untuk menyelesaikan masalah mereka . Di samping itu, tujuan sesetengah peragut melakukan kegiatan ragut ialah kerana mereka ketagihan dadah . Kos untuk mendapatkan dadah adalah amat tinggi , maka penagih dadah akan melakukan kegiatan ragut untuk mendapatkan duit untuk membeli dadah .

• Tindakan masyarakat yang mendorong berlakunya jenayah meragut .
Sikap masyarakat yang suka menunjuk menyebabkan peragut mensaspekkan mereka sebagai mangsa .
Antara tidakan masyarakat yang menarik peragut ialah :
- Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
-Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
- Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
- Berjalan secara bersendirian di tempat yang sunyi
- Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
- Melatakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta
-Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar

Kesan :
• Imej negara akan tercemar di mata dunia
Menurut kajian , sejak kebelakangan ini ramai pelancomg asing turut menjadi mangsa ragut . Keadaan ini menberi impak yang amat serius kepada negara kita .
Pelancong asing akan berasa tidak selamat apabila datang ke negara kita ,mereka akan menberitahu kawan-kawan mereka tentang kejadian yang berlaku terhadap mereka di negara kita . Maka , imej megara yang terjejas akan menjejaskan pandangan negara asing terhadap negara kita .

• Menjejaskan ekonomi Malaysia
Ekonomi negara akan terjejas kerana pelancong luar tidak sudi untuk datang melancong ke negara kita akibat keadaan negara kita yang tidak selamat . Kesannya , industri pelancongan akan merosot . Pada masa yang sama , ini akan memberikan kesan yang buruk kepada rakyat negara . Industri pelancongan menyumbang kepada sektor lain seperti perhotelan . Sektor perhotelan tidak akan mendapat sambutan handal akibat industri pelancongan yang merosot .Hal ini menyebabkan rakyat menganggur akibat kekurangan sektor pekerjaan .

• Masyarakat menjadi semakin huru-hara.
Keselamatan seluruh masyarakat kini semakin teruk akibat jenayah ragut . Bagi mangsa yang diragut, mereka akan menanggung kesengsaraan akibat kecederaan fizikal dan masalah kesihatan di samping mengalami trauma akibat gangguan mental dan emosi seperti rasa takut, tekanan perasaan dan rasa rendah diri . Pastinya kesan mendalam akibat diragut sedikit sebanyak memberi kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut. Bagi peragut , mereka akan terus berleluasa dalam melakukan jenayah .

Langkah-langkah :
• Peranan ibu bapa
Ibu bapa hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk . Selain itu , ibu bapa haruslah mengosongkan masa mereka untuk menemani anak-anak mereka supaya anak-anak mereka tidak kebosanan dan memastikan tidak terdapat kekosongan dalam hati remaja . Ibu bapa mesti tahu dengan siapa anak mereka berkawan . Kesedaran juga perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang supaya mereka dapat mengecapi kecermelangan diri .

• Penguatkuasaan undang-undang
Penguatkuasaan undang-undang dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan . Sesiapa yang didapati terlibat dalam jenayah akan didakwa di bawah kesalahan merompak mengikut Seksyen 390 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda atau kedua-duanya.
Sekiranya melibatkan kematian , mereka akan disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh dan sekiranya bersalah akan dihukum mati . selain itu , pihak polis juga perlu sentiasa membuat rondaan di tempat-tempat yang kerap kali berlakunya jenayah ragut.

• Peranan masyarakat
Masyaraka haruslah mencegah jenayah ragut dengan :
- Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah . Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
- Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
- Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tempat awam.
- Elakkan dari berjalan ditempat yang sibuk dan berebut-rebut.
- Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
- Sentiasa berwaspada dengan persekitaran semasa menunggu diperhentian bas dan menjawab telefon/sms

• Peranan media massa
Media massa mempunyai pengaruh yang amat kuat dari segi menanam kesedaran memperolehi kerjasama dan menyampaikan maklumat tentang jenayah meragut dalam semua bentuk rancangan sama ada dalam bentuk hiburan , bentuk berita atau sebagainya . Selain itu , media massa juga boleh membantu pihak kerajaan dengan mengadakan kempen seperti “Marilah bersama-sama mencegah jenayah meragut ” dan “Hentikanlah jenayah meragut ”.

• Peranan sekolah
Pihak sekolah perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan . Setiap salah laku pelajar seperti ponteng sekolah, merokok , menghisap dadah , atau memukul pelajar lain hendaklah didenda setimpal dengan kesalahan mereka . Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius . Ini adalah salah satu cara untuk para pelajar terlibat dalam kegiatan yang lebih serius seperti ragut. Kita haruslah menyelesaikan masalah kecil yang dilakukan oleh para pelajar sebelum mereka terjerumus dalam masalah yang serius . Selain itu, pihak sekolah haruslah lebih mementingkan pedidikan agama dan moral di pelajaran . Ini adalah kerana Amalan agama sudah makin dilupakan berdasarkan semakin moden sesebuah masyarakat itu . Kekurangan aspek agama menyebabkan kurangnya ketahanan diri seseorang untuk tidak melakukan jenayah . Sudah hilang rasa takut akan balasan Tuhan jika melakukan kesalahan jenayah . Maka , kes ragut meningkat kerana masyarakat kita sudah lupa akan agama mereka.

Kesimpulannya , marilah kita bersam-sama mencegah jenayah ragut .Para pelajar haruslah didedahkan isu-isu semasa , kempen-kempen , khemah kerja , motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa merekalah generasi pemangkin negara . Perkara sedemikian dapat memberi pengajaran yang mendalam kepada para pelajar . Selain itu , golongan peragut juga perlu mengetahui bahawa segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka . Nasihat yang setimpalnya haruslah diberikan agar mereka tidak melibatkan diri dalam gejala ragut lagi.






Disediakan oleh : Tan Sheak Ping (205888)

Tuesday, August 17, 2010

Saturday, August 14, 2010


PENAGIHAN DADAH

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani , rohani serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Terdapat beberapa jenis dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seperti kokain, ganja, heroin dan syabu.

Terdapat beberapa jenis dadah dari tumbuhan antaranya ialah narkotik,ganja dan hashish,kanabis,kokain dan halusinogen.Sumber bahan narkotik bahan semulajadi ialah dari pohon popiyang ditanam di seluruh dunia termasuk negara-negara di Eropah, Asia dan Amerika Latin. Buah popi muda yang telah ditoreh akan mengeluarkan opiat dan kemudiannya dikumpulkan dan dikeringkan sebagai candu mentah. Candu mentah boleh didapati dalam bentuk cecair, pepejal ataupun serbuk yang kebanyakannya berwarna perang.

Ganja ialah sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh liar di banyak tempat.Dadah jenis ganja ini pernah digunakan sebagai ubat dan diakui sebagai ubat yang berkesan. Ganja pernah dikelaskan sebagai ubat penahan sakit (analgesik) ataupun ubat yang merawat sawan (antigelugut), namun keadaan mula berubah, lebih banyak ubat sintetik atau tiruan diperkenalkan dan sekali gus menggantikan penggunaan ganja dalam perubatan.

Kanabis selalunya dihisap seperti ganja dan asap ganja yang disedut itu akan mempengaruhi paru-paru. Kesan awal pada penagih ganja, ialah mata menjadi merah, rasa mual, muntah-muntah, cirit-birit dan mulut serta tekak akan berasa kering. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih merasa khayal dan mengalami pelbagai kesan subjektif yang mengasyikkan yang menyebabkan toxis psychosis atau tidak siuman.

Kokain berasal daripada pokok Erythroxylon coca. Daun coca ini dimakan oleh masyarakat Peru, Bolivia dan Columbia untuk menyegarkan badan serta menghilangkan keletihan sejak zaman dahulu. Lazimnya dadah yang dihisap ini akan mendatangkan perasaan khayal yang kuat dan akut. Ilusi seperti wujudnya bahan atau benda yang ingin merayap ke badan turut terjadi. Ini menjadikan penagih sanggup mencederakan diri untuk menghapuskan bayangan tersebut. Jika jumlah diambil berlebihan, penyakit sawan mungkin berlaku dan pesakit akhirnya mati akibat keracunan dan sesak nafas.

Dadah Halusinogen adalah sejenis dadah asli atau sintetik yang mengubah pandangan visual dan menyebabkan ‘ilusi’ hingga amat sukar untuk membezakan antara yang benar dan khayalan. Kesan buruk utama yang dikenalpasti pada ibu mengandung ialah boleh menyebabkan keguguran kandungan. Ini disebabkan oleh pengucupan yang kuat terhadap otot licin terutamanya di dalam rahim.Walaupun bahan halusinogen bukan merupakan dadah utama namun kesan yang dihasilkan ke atas sistem otak penagih boleh mengakibatkan risiko gila.

Secara kesimpulan dadah ternyata lebih banyak membawa kesan padah berbanding kesan positif kerana penyalahgunaan dadah semakin berleluasa dan amat sukar dibendung. Keadaan ini perlu diatasi segera agar kemajuan serta pembangunan yang dicapai dan dikecapi selama ini akan berkekalan selamanya.



KESIMPULAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan masalah sosial ke akar umbinya.Rukun Negara yang menjadi asas kewujudan hidup bermasyarakat di negara kita wajarlah diberi nafas baru.Prinsip pertama Rukun Negara yakni 'Kepercayaan Kepada Tuhan' sudah cukup untuk membendung pelbagai perlakaan negatif rakyat kerana insan yang takut akan Tuhan tidak akan tergamak untuk melakukan kejahatan!Justeru,kita hauslah sehati sejiwa dan seia sekata dalam usaha membendung segala ancaman yang menjadi hambatan kita ke arah pencapaian Misi Nasional dan Wawasan 2020.Di samping itu,kita juga harus berusaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat dan negarayang cemerlang,gemilang,dan terbilang yang boleh berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.