Friday, August 20, 2010
GENGSTERISME
Gejala gengsterisme merupakan satu fenomena laknat yang melibatkan muda-mudi di seluruh dunia yang sudah pun menjadi isu yang hangat dipolemikkan oleh pelbagai pihak dalam media tempatan. Kepincangan disiplin tersebut semakin menular dan amat merunsingkan Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah kerana isu gengsterisme kian menjadi hambatan kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan iklim yang kondusif di sekolah dan masyarakat yang harmonis.
PUNCA
Pada era globalisasi ini,punca primer pelbagai masalah yang berkait rapat dengan remaja datang daripada keluarga .Dalam hal ini,ibu bapa yang berperanan sebagai pelindung kepada anak-anak mereka yang masih berusia setahun jagung sememangnya telah mengalpakan tanggungjawab mereka.Mereka beranggapan bahawa dalam dunia ini wang menjaminkan segala-galanya lalu lebih mementingkan pekerjaan,dan perniagaan lalu sibuk mengejar hal-hal duniawi.Kealpaan tersebut menyebabkan mereka kurang meluangkan masa untuk menemani anak-anak emas mereka.Malah rumah tangga yang selalu berlaku krisis seperti pergaduhan,penceraian dan konflik menyebabkan anak-anak kurang mendapat perhatian dalam keluarga sendiri.Institusi keluarga yang sepatutnya seteguh Tembok Besar Cina kini dilanda kemarau kasih sayang.Secara tidak langsung,anak-anak akan berasa mereka dianaktirikan bagai rumput di tepi jalan.Hal ini menyebabkan mereka terpaksa mencari kasih sayang di luar rumah dan senang dibelenggu bisikan iblis dan godaan syaitan.Tanpa disedari,mereka yang mentalitinya rendah akan dipengaruhi elemen-elemen jahat dan akhirnya terjerumus ke dalam medan gengsterisme.
Jika hal ini dipandang dari sudut lain,pengaruh rakan sebaya terhadap pelajar-pelajar lain sama ada di dalam atau di luar sekolah banyak berperanan dalam penularan gejala gengsterisme.Mereka yang dikatakan sebagai rakan karib sebenarnya ialah syaitan yang bertopengkan wajah manusia.Mereka beisifat hipokrit dan ingin menjadikan remaja lain seperti mereka,iaitu menjadi jahat dan seterusnya memasuki geng mereka.pelajar-pelajar tersebut akan diajar untuk merompak ataupun meragut sebagai langkah pertamadan setelah beberapa lama,mereka akan terlibat dalam kegiatan bunuh-membunuh ataupun gengsterisme yang dianggap sebagai kemuncak segala kemungkaran.Mereka akan menjadi tidak berperikemanusiaan dan masa depan mereka akan dipenuhi kegelapan.Kendatipun mereka dapat diselamatkan,mereka juga akan terkenang akan terkenang-kenang akan perbuatan jahatnya dahulu seperti anjing biasa makan tahi,kalau tidak dimakan dicium juga.
Selain itu,pengaruh media massa juga tidak boleh diperkecilkan.Media-media massa kerap kali menyiarkan rancangan-rancangan barat yang berunsurkan keganasan ataupun amalan-amalan negatif seperti vandalisme dan gengsterisme.Hal ini menyebabkan remaja yang masih tidak tahu membezakan yang baik daripada yang buruk sukar dilepas daripada genggaman anasir-anasir jahat ini.
LANGKAH
Sebelum nasi menjadi bubur,kita haruslah berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk menyelesaikan gejala ini.Bak kata pepatah 'Di mana ada kemahuan ,di situ ada jalan',asalnya kita berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keagamaan,tentu kita tidak sesat jalan.Kanak-kanak haruslah menjalani kehidupan yang berkiblatkan keTuhanan dan bersendikan keimanan dengan disemaikan ajaran agama ke dalam sanubari mereka sejak kecil lagi,kata orang tua-tua dahulu 'melentur bulun biarlah dari rebungnya'.Mereka perlu dipimpin dengan hala tuju yang betul agar tidak melangkah kaki ke dalam medan gengsterisme.
Akhlak mulia juga haruslah dicerminkan oleh ibu bapa kepada anak-anak dan amalan jahil ibarat 'ketam menyuruh anaknya berjalan betul' haruslah kita jauhi.Ibu bapa perlu menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak emas mereka yang ibarat bahtera yang tidak terkemudi,terapung-apung di tengah samudera yang bergelora agar mereka membesar menjadi insan yang berhati mulia.Ibu bapa harus mencurahkan kasih sayang dan mengasuh anak-anak dengan berhati-hati seperti menatang minyak yang penuh.Mereka juga harus mengambil tahu permasalahan dan kehendak anak-anak mereka di samping senantiasa mengawasi perlakuan serta membetulkan kesalahan muda-mudi tersebut.Malah wawasan keluarga bersertakan disiplin harus ditetapkan oleh ibu bapa dan wajib diikuti oleh anak-anak mereka bagi menggalakkan tumbesaran mereka yang positif.
Di samping itu,kerajaan haruslah menjadikan generasi muda sebagai agenda utama mereka.Kerajaan perlu menumpukan penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan remaja dan berusaha sedaya upaya menamatkan penularan gejala tersebut.Kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas untuk mengurangkan kes gengsterisme.Perubahan dalam undang-undang tentang hukuman untuk juvana di bawah 18 tahun ialah satu perkembangan yang kena pada masa dan tempatnya.Malah,pelaksanaan Program Rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara juga merupakan langkah bijak kerajaan untuk menangani masalah gengsterisme.
KESAN
Sememangnya jika seseorang remaja melibatkan diri dalam gejala sosial seperti gengsterisme,ini akan mendatangkan kesan buruk ke atas diri sendiri remaja tersebut.Masa depan remaja tersebut akan dihancurkan.Remaja yang digelarkan sebagai benteng negara akan dilabelkan sebagai golongan remaja yang jahat dan tidak berguna dan turut mencemari imej diri sendiri.Mereka akan dicemuh dan dipandang hina oleh masyarakat.
Penglibatan remaja dalam gengsterisme turut mencemari imej keluarga.Ahli keluarga akan dikritik ,dikutuk dan dipandang serong oleh masyarakat.Ini akan menjejaskan hubungan baik keluarga yang sepatutnya seindah Taj Mahal.Selain itu,perbuatan jahal remaja juga akan meninggalkan kesan mental dan psikologi yang mendalam kepada ahli keluarga.
KESIMPULAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan fenomena gengsterisme dan gejala sosial lain hingga ke akar umbinya.
DISEDIAKAN OLEH
CHAI LEE CHIN 206117
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KESIMPULAN
Memang tidak dapat dinafikan bahawa tanpa kerjasama masyarakat kita,adalah mustahil untuk menghapuskan masalah sosial ke akar umbinya.Rukun Negara yang menjadi asas kewujudan hidup bermasyarakat di negara kita wajarlah diberi nafas baru.Prinsip pertama Rukun Negara yakni 'Kepercayaan Kepada Tuhan' sudah cukup untuk membendung pelbagai perlakaan negatif rakyat kerana insan yang takut akan Tuhan tidak akan tergamak untuk melakukan kejahatan!Justeru,kita hauslah sehati sejiwa dan seia sekata dalam usaha membendung segala ancaman yang menjadi hambatan kita ke arah pencapaian Misi Nasional dan Wawasan 2020.Di samping itu,kita juga harus berusaha ke arah mewujudkan sebuah masyarakat dan negarayang cemerlang,gemilang,dan terbilang yang boleh berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
0 comments:
Post a Comment