Definisi
*Menurut Dr.Syed Husin Ali (1983), kemiskinan adalah ketidakmampuan untuk mendapat keperluan asas, iaitu makanan, tempat tinggal, dan pakaian dan keperluan sosial seperti pendidikan, perubatan, dan kenderaan.
*Kamal Salih (1983) pula mendefinisikan kemiskinan sebagai:
i) golongan yang tidak mempunyai sumber pendapatan.
ii) golongan yang tidak berhak mempunyai kuasa dalam pemberian pendapat, kuasa politik, pemilikan faktor-faktor pengeluaran, pendidikan dan sebagainya.
iii) golongan yang tidak dapat menikmati keperluan seperti perlindungan, pendidikan asas, perubatan, dan lain-lain dalam sesebuah masyarakat.
*Ishak Shaari (1996) menganggap kemiskinan adalah satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung sejumlah perbelanjaan untuk keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, dan keperluan lain.
Secara umumnya, kemiskinan adalah satu keadaan di mana seseorang individu tidak mampu membiayai perbelanjaan untuk keperluan asas manusia dan biasanya ia disemaikan dengan masalah kekurangan wang.
Faktor-faktor
Peperangan
Peperangan akan menyebabkan ekonomi negara terbantut kerana pelaburan dari negara asing berkurang akibat ketidakstabilan politik sesebuah negara itu. Peperangan juga akan menggunakan perbelanjaan yang besar untuk membekalkan bekalan makanan dan senjata api kepada angkatan tentera. Hal ini menyebabkan perbelanjaan negara menjadi terdadak besar dan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi dan menambahkan cukai terhadap rakyatnya bagi menampung kerugian negara. Oleh kerana ini, kemiskinan tercetus. Selain itu, kemusnahan selepas peperangan mengakibatkan keselamatan negara tergugat. Penduduk tidak berani membuka perniagaan di bandar menyebabkan pemutusan sumber makanan dan pendapatan. Keadaan ini menyebabkan penduduk di negara yang sedang berperang menjadi lebih miskin.
Bencana Alam
Bencana alam seperti kebanjiran, tsunami, kemarau, tanah runtuh dan lain-lain akan membawa kemusnahan tempat tinggal, harta benda dan kekurangan air bersih serta sumber makanan. Bencana alam juga dapat membinasakan infrastrukur dan faktor-faktor pengeluaran yang merupakan unsur yang penting untuk menjana kekayaan. Harga makanan akan meningkat kerana kekurangan hasil pertanian akibat kerosakan daripada kesan bencana alam. Penghutanan dan pertanian tidak dapat diteruskan kerana kehausan tanah akibat kesan kebanjiran. Kekeringan dan krisis air juga akan menurunkan hasil pertanian dan menyebabkan kemiskinan kerana kekurangan sumber makanan.
Kelemahan Penguatkuasaan Undang-undang Negara
Pengurusan sistem negara yang tidak cekap akan mengakibatkan gejala-gejala negatif seperti rasuah berlaku. Gejala rasuah akan menyebabkan golongan orang miskin membebani kos kehidupan yang tinggi. Keadaan ini dapat dijelaskan dengan kejadian sebelum pembaharuan ekonomi di India, peniaga perlu bagi suapan kepada pegawai kerajaan untuk membuat setiap perniagaan. Maka, harga barang terpaksa dinaikan bagi mengelakkan kerugian perniagaan. Pelabur asing tidak berani melabur ke negara tersebut kerana sistem negaranya yang tidak teratur. Pembangunan dan kemajuan negara tersebut terjejas disebabkan penguatkuasaan undang-undang di negara itu yang lemah. Hal ini akan menyebabkan ekonomi negara itu terbantut dan tidak dapat membawa keselesaan kepada rakyatnya dan seterusnya kemiskinan berlaku.
Kesan-kesan
KelaparanMengikut laporan PBB, terdapat sekurang-kurang 20000 orang mati akibat kelaparan setiap hari. Malah, golongan kanak-kanak telah merangkumi jumlah kematian kelaparan yang terbanyak. Kelaparan akan mendorong pelbagai penyakit seperti kekurangan zat, AIDS, HIV dan lain-lain. Ini disebabkan mereka yang mengalami kemiskinan tidak mampu membeli makanan, maka mereka sentiasa berlapar dan akan menjadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Bagi golongan yang berpenyakit dan sering berlapar, mereka tidak berupaya dan bertenaga untuk bekerja kerana kemiskinan. Penduduk di Afrika merupakan golongan yang menghidapi penyakit AIDS dan HIV yang terbanyak di seluruh dunia. Tambahan lagi, menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia, terdapat 90% kematian daripada jangkitan penyakit Malaria berlaku di Afrika. Tahap keseriusan dari kesan kemiskinan di setempat itu telah mengejutkan seluruh dunia ini.
Pendidikan
Sekolah atau institusi pendidikan tidak dapat dibinakan kerana kos pembinaan sekolah adalah tinggi dan tidak mampu ditanggungkan oleh sesebuah negara yang miskin. Kanak-kanak tidak mendapatkan pendidikan kerana kekurangan sekolah dan pengajar. Hal ini akan menyebabkan kadar buta huruf meningkat. Sesetengah kumpulan kanak-kanak di negara miskin dianggap bertuah kerana terdapat pihak kebajikan sosial mengajar mereka secara percuma walaupun tempat pengajaran hanya berada di sebuah pondok yang kecil. Bagi kanak-kanak yang tidak berpeluang untuk mendapat pendidikan atau hanya mempunyai tahap pendidikan yang rendah, mereka mudah terlibat dalam masalah sosial seperti pengambilan dadah, kehamilan pada usia yang muda dan sebagainya. Ini kerana mereka tidak dididik tentang perkara yang manakah adalah betul atau salah. Di samping itu, kemiskinan juga menyebabkan anak-anak tidak dapat mencari pekerjaan yang bergaji tinggi pada masa depan kerana taraf pendidikan mereka yang rendah itu. Mereka terpaksa mewarisi pekerjaan keluarga mereka seperti nelayan atau memegang pangkat yang rendah dalam sesebuah organisasi yang kecil sahaja.
Peningkatan Kadar Jenayah
Perdagangan manusia merupakan jenayah yang sering didorongkan oleh kemiskinan. Golongan kanak-kanak dan wanita sering dijadikan mangsa dalam gejala perdagangan manusia ini. Ini kerana kanak-kanak dan kaum wanita merupakan golongan yang lemah dan tidak mampu menghalangnya. Perdagangan manusia masih meleluasa hingga hari ini kerana kemiskinan sesebuah keluarga yang tidak mampu menyara anak-anak yang berbilangan ramai, maka mereka menjual anak-anak mereka sebagai hamba kepada keluarga yang lebih kaya untuk mendapat duit demi membeli makanan. Secara kesannya, kes-kes penderaan dan keganasan sexual meningkat tahun ke tahun. Di negara Zimbabwe, kanak-kanak perempuan selalunya dijualkan sebagai isteri muda kepada peniaga yang kaya. Akibatnya, kanak-kanak tersebut mengalami deraan dan dijadikan sex hamba. Bukan sahaja itu, kanak-kanak juga diambil dan dipergunakan sebagai pengangkutan untuk "menghantar" dadah bagi kongsi-kongsi gelap.
Kemiskinan Di Malaysia
Dewasa ini, Malaysia telah menunjukkan prestasi yang disanjungkan di persada dunia ini. Malah, wawasan 2020 yang dinanti-nantikan sedang diusahakan dalam tahun ke tahun. Kendalipun, kesampaian ini tidak akan tercapai sekiranya kemiskinan di Malaysia tidak dipandang serius oleh masyarakat Malaysia. Terdapat laporan telah menunjukkan kemiskinan rumahtangga di Malaysia agak serius di luar bandar terutamanya di negeri Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Antara sebab yang mengakibatkan kemiskinan adalah ketidaksetaraan pendapatan antara bandar dan luar bandar. Pembahagian desa-bandar juga mendorong jurang ini berlaku. Mengikut kajian, pendapatan rumahtangga pendesaan hanya merangkumi 55% daripada pendapatan rumahtangga di bandar sahaja pada tahun 1999. Kemiskinan sekali menggemparkan masyarakat Malaysia apabila terdapat satu berita yang dilaporkan bahawa seorang budak lelaki telah membunuh diri kerana dia tidak mampu membeli sebatang aiskrim di sekolahnya dan hal ini menyebabkan rakan-rakan mentertawakan dia. kejadian berlaku di Penampang, Sabah dan ibu kepada budak kecil ini yang merupakan seorang pesakit yang menghadapi penyakit jantung perlu menyara 7orang anak dengan RM70 sebulan daripada sumbangan jabatan kebajikan. Kita tidak dapat bayangkan bahawa seseorang itu sanggup membunuhkan diri disebabkan kemiskinan dan lagipun dia adalah seorang kanak-kanak sahaja. Adakah ini berpunca daripada kekurangan perihatin masyarakat? Ataupun usaha masyarakat Malaysia dalam membantu golongan yang miskin adalah tidak cukup?
Kesimpulannya, bak kata pepatah melayu yang berbunyi "sepakat membawa berkat". Kita haruslah berganding bahu dan bekerjasama membantu golongan yang miskin ini agar masalah kemiskinan dapat dibendungkan supaya negara dapat menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang.
Disediakan : Chang Mei Wei ( 206105)
0 comments:
Post a Comment